Fokus

Kami berhasrat untuk menjadi satu pusat kajian Islam dengan bantuan beberapa pengkaji bebas dalam bidang ini. Kajian kami terfokus beberapa lapangan iaitu:


Akidah dan Pemikiran Islam

Tanpa menyisihkan tradisi turath Islam yang kaya, kami sedaya upaya berusaha untuk meninjau dari sudut tradisional dan kontemporari dalam satu-satu kajian. Kajian adalah meliputi isu-isu Ketuhanan (ilahiyyat), Kenabian (nubuwwat), Hal-hal Ghaib (sam'iyyat) samada dari 'aqli (akal) dan naqli (Qur'an dan Sunnah)

Islamofobia dan Ekstremisme

Dengan tersebarnya faham Islamofobia dan ekstremisme, Islam telah dilabel sebagai tidak rasional, tidak sesuai dengan arus kemodenan dan sering dikaitkan dengan kezaliman. Keadaan semakin meruncing apabila tuduhan-tuduhan terbabit juga datang daripada kelompok Muslim sendiri. Kajian dalam lapangan ini meliputi topik-topik seperti jihad, pelaksanaan shariah, isu gender, hubungan Muslim dan bukan Muslim dan penjelasan teks-teks "kontroversi" dalam Islam.

Comments