Mohamad Razif Mohamad Fuad

Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Fuad merupakan Ketua Unit Konsultasi Akidah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Siswazah Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama daripada USIM dan kini sedang menyambung pengajian dalam peringkat Sarjana Usuluddin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seorang yang mempunyai minat yang mendalam dalam kajian Akidah, Kalam, Pemikiran Islam, Falsafah, Tasawwuf, Perbandingan Agama dan Estetika Islam.

Comments